SPR: Kad pengenalan lama sama tapi individu berbeza

Semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu 84 pengundi mempunyai nombor kad pengenalan lama sama, mengesahkan pengundi berkenaan adalah individu berbeza berdasarkan nombor kad pengenalan 12 digit mereka.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata semakan dibuat menerusi Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agensi (ALIS) serta rujukan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Memang didapati ada berlaku nombor kad pengenalan lama sama, ia kemungkinan berlaku semasa proses memasukkan data dulu yang dibuat secara manual. Pada masa itu belum ada sistem canggih seperti sekarang.

“Tetapi selepas semakan dibuat, mereka yang dimaksudkan itu adalah orang yang berlainan kerana nombor kad pengenalan 12 digit mereka adalah berbeza…mereka tetap tidak boleh mengundi dua kali sebab ada dakwat kekal,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan akhbar Harakah baru-baru ini mengenai 84 pengundi mempunyai nombor kad pengenalan lama yang sama.

– Bernama

Leave a comment