Monthly Archives: May 2012

SPR : Karikatur individu dilarang dalam PRU13

Parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti diingat agar tidak memasang poster atau sepanduk yang memaparkan karikatur mana-mana individu atau personaliti.   Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata bahan kempen seperti itu tidak sesuai digunakan dan dilihat sebagai tidak serius untuk bertanding pada pilihan raya.   “Pilihan raya ini satu […]

PRU13: SPR sedia 99.9% akhir Jun

G MANIMARAN & NORSHAHZURA MAT ZUKI Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar RAMAI yang membicarakan mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat dan semua pihak telah bersedia untuk menghadapinya. Kini mereka hanya menunggu pembubaran Parlimen yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang […]

Pertambahan mendadak pengundi dalam satu rumah di Dun Chempaka (Pandan)

Data penambahan pengundi untuk 3 jalan yang terlibat : Adalah mustahil pendaftaran “pengundi hantu” di Kg Pandan dapat dilakukan tanpa bantuan atau restu “pihak atasan”. Pada 25 Mei lepas, pejabat ini mendedahkan bahawa untuk 3 jalan di Kg Pandan terdapat peningkatan pengundi yang luar biasa dari tahun 2007 hingga 2011. Lebih 300 pengundi baru telah […]

SPR perbetul satu lagi kesilapan dalam daftar pemilih

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memperbetulkan satu lagi kesilapan dalam daftar pemilih selepas ia didedahkan oleh seorang penyelidik. Namun, banyak persoalan yang masih tidak terjawab. Awal bulan ini, Ong Kian Ming, pengarah Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) mengesan nombor MyKad pengundi berdaftar Farimah binti Ansan Afandi, berbeza dari tarikh lahirnya yang tercatat di pangkalan […]

Pakatan ‘tak boleh guna logo sendiri’ dalam PRU13

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya umum ke-13 kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut. Oleh itu, bendera parti-parti komponennya tidak boleh diletakkan di kawasan di mana mereka tidak bertanding, atau ia akan diturunkan, kata Timbalan Pengerusi SPR, Wan […]

Bersih 2.0: SPR perlu dengar suara rakyat

SHAH ALAM – Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) mendakwa Pilihan  Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menjadi pilihan raya yang paling kotor jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membersihkan daftar pengundi sebelum pilihan raya umum. Sehubungan itu, Bersih 2.0 mahu SPR menerima hasil kajian kendalian firma pungutan suara Merdeka Center berkaitan dengan proses […]

92% rakyat mahu daftar pemilih dibersih sebelum PRU

Satu kajiselidik yang dibuat baru-baru ini – sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 –  menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang. Menurut Merdeka Centre, 92 peratus daripada 1,019 orang yang dikajiselidik bulan lalu berkata kerajaan perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum. Keputusan itu hampir sebulat suara di kalangan responden pelbagai […]

Jawatankuasa Pilihan Raya Selangor Tunggu Laporan SISMEP 3.0

Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Selangor sedang menunggu maklum balas daripada Unit Pengukuhan Demokrasi berhubung keberkesanan aplikasi Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP) 3.0 yang diperkenalkan baru-baru ini. Unit ini bertindak mengenalpasti daftar pengundi selain memberikan latihan dan pendidikan mengenai pilihan raya. Program Pengukuhan Demokrasi yang pertama kali diperkenalkan di Selangor melalui Belanjawan Selangor 2012 dengan peruntukkan sebanyak […]

DUN Chempaka Kesan Pertambahan 35 Pengundi Dalam Sebuah Rumah

AMPANG, 25 MEI : Iskandar Abdul Samad hari ini mendedahkan terdapat pertambahan pengundi meragukan di sebuah rumah di Kampung Pandan di sini serta pertambahan penduduk ketara sejak 2008. Katanya, di  tiga lorong itu bagi 10 rumah dari 2007 hingga tahun lalu mencatat pertambahan 236 orang dan ini mendatangkan keresahan kepada penduduk. “Kalau kita lihat yang […]

PRU: SPR mahu Pakatan timbang kos, masa

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di negeri masing-masing serentak jika Parlimen dibubarkan dengan mengambil kira faktor masa dan kos. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, selain faktor kos, pihaknya berharap kesemua empat negeri akan berbuat demikian atas […]